5 Manfaat Mengunakan Lampin Tuala Wanita Kitar Semula (An article on Reusable Cloth Pads - Malaysia)
Apa yang kita ketahui tentang lampin tuala wanita kitar semula?
Generasi kita sekarang telah terdedah dengan pad pakai buang , tampon dan sebagainya.
(ps: sangat-sangat membazir uolss, Nanti saya akan jelaskan kenapa)
Generasi lama kita (Ibu-Ibu) dibesarkan menggunakan sesuatu yang sama sekali berbeza. Mereka hanya terdedah dengan penggunaan lampin wanita berasaskan kain. Penggunaan kain yang sangat-sangat berbaloi dan tidak ada apa-apa yang mengganggu atau haram tentang menggunakan kain a.k.a tiada bahan chemical dan selamat. (Dan tidak dinafikan dianggap kuno oleh generasi kita sekarang)
Sehingga kini hampir 80 peratus penggunaan di dalam negara dan masyarakat kita semakin terbuka akan penggunaan tuala wanita kitar semula ini.
penggunaan tuala wanita kitar semula ini adalah sama seperti pemakaian tuala wanita pakai buang. Pengguna hanya perlu ikut cara biasa seperti yang selalu digunakan ketika memakai tuala wanita pakai buang.
Disini ingin saya menerangkan sedikit sebanyak kebaikkan menggunakan lampin tuala kitar semula (reusable cloth pads). untuk wanita khususnya untuk generasi saya sekarang, plss stop guna pad pakai buang ,berubah kepada penggunaan lampin tuala wanita kitar semula lebih banyak bermaanfaat dari pad pakai buang yang hanya akan memudaratkan kesihatan dan bumi kita. Antara manfaat yang kita boleh dapat:-
1) Harga ( Untuk 1 pad yang dibelikan dapat menjimatkan anda bukan sebulan dua tetapi bertahun-tahun)
Contoh : Lampin tuala wanita Rm 20.00 (1pcs)
Hari pertama 5pcs - Rm 100.00
Hari kedua 5pcs - Rm 100.00
Cuci semula pad pada hari pertama dan guna untuk hari ketiga dan seterusnya
Jumlah yang perlu dikeluarkan setiap bulan , setiap tahun dan 5tahun akan datang pun hanya lah #Rm200.00 (Berbaloi kan )
Lampin Pakai Buang
Jenama X Rm12.00 (10pcs)
Hari Pertama 3pcs , Penggunaan hanya boleh diguna untuk 3hari
Hari keempat perlu beli semula dan jumlah digunakan untuk sebulan Rm24.00 x 12 Bulan = Rm288.00 Rm 288.00 x 60 Bulan (5tahun) = Rm17,280.00 hanya untuk pad sahaja kita belanja kan hampir 18ribuuu taw
2) Tiada lagi kegatalan dan kurang keyakinan
You know why??? Kerana material yang digunakan untuk lampin tuala wanita kitar semula itu sendiri yang pastinya tiada bahan chemical yang boleh membuat kita jadi tidak selesa dan kurang keyakinan.
3) Keselesaan
Lampin Tuala Wanita kitar semula terrrrsangat selesa daripada pad kertas pakai buang. Yang mengandungi Kertas + plastik = tiada aliran udara = peluh dan ketidakselesaan. Pad kertas juga agak sengit manakala pad kain akan membentuk ke bentuk (Vagina) anda dengan memberikan 'penangkapan' cecair yang lebih baik serta kurang ketara bagi pemakai.
4) Reka bentuk dan Bahan material
Simply said, cloth pads are the best. Lampin Tuala wanita itu dimodenkan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Tuala wanita kitar semula ada beberapa jenis fabrik seperti kapas flannel, bamboo fleece, micky, dan mikrofreez. Dan fabrik bamboo fleece mendapat permintaan paling tinggi kerana kuasa penyerapannya yang lebih baik.
Bamboo fleece adalah fabrik yang anti mikro bakteria yang bermaksud keistimewaan dalaman buluh itu sendiri yang lebih bersifat mesra alam. Setiap bamboo fiber mempunyai saluran penyerapan di mana si pemakai akan sentiasa berasa kering dan selesa dan paling penting ia tidak meninggalkan bau. Penyerapannya adalah sehingga tiga kali ganda lebih baik berbanding kain kapas. Jadi, pengguna memang sentiasa akan berasa kering dan penjagaannya juga sungguh mudah . Tuala wanita kitar semula didatangkan dalam pelbagai rekaan, warna dan corak yang menarik. Terdapat empat jenis saiz iaitu overnight, heavy, medium, small dan pantyliner.
5) Save our Earth (Mesra Alam)
Tidak dinafikan, suatu masa dahulu penggunaan lampin kain dianggap kuno kerana tidak praktikal dan melecehkan, tetapi hari ini penggunaannya dilihat lebih mesra alam
dan penggunaan nya juga dapat menyelamatkan bumi kita. “Setiap tahun, berbilion-bilion lampin pakai buang membanjiri tempat pelupusan sampah dan memerlukan ratusan tahun untuk diuraikan. Jadi, kita perlu berganding bahu untuk memelihara alam sekitar, sekali gus memberi keutamaan terhadap kesihatan kita sendiri dengan bertukar kepada penggunaan lampin kain yang lebih mesra alam.Selain daripada menyumbang kepada pengurangan sisa buangan dan tempat pelupusan sampah.
Pada dasarnya semua sebab yang sama mengapa semua orang memakai seluar dalam kain dan bukan seluar dalam pakai buang plastik + kertas kerana pad kain adalah pilihan yang baik untuk kebanyakan wanita.
Tiny Tapir berharap anda cuba untuk bertukar ke lampin tuala wanita kitar semula dan beri kesihatan yang lebih baik untuk diri anda! Saya secara peribadi mendapati kehidupan saya jauh lebih baik sekarang.Buat diri kita lebih yakin dan selesa!
Selamat berkitar semula daripada Tiny Tapir
#SARANAN :
“Jika dalam masa dua jam berasa tidak selesa, maka tukarkannya,”
Ps: Dapatkan cloth pad daripada Tiny Tapir Eco Store kat sini: http://www.tinytapir.com/store/Cloth-Pads-%26-Accessories-c28979515
Kalau link itu tidak berfungsi tolong check kat website kita...ciao